fb fb fb fb fb

Jururawat jerman dituduh membunuh pesakit untuk mudahkan kerja

Lelaki Jerman berusia 44 tahun itu kini dituduh melakukan 9 pembunuhan dan 34 cubaan membunuh dengan memberi dos berlebihan ubat pelali

COLOGNE, 15 Mac - Seorang jururawat lelaki yang dikenakan tuduhan melakukan pelbagai pembunuhan dan cubaan membunuh di sebuah klinik penjagaan paliatif di barat Jerman berkemungkinan untuk memudahkan masa kerjanya dipercayai melakukan lebih banyak jenayah, menurut jurucakap mahkamah, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dakwaan tambahan difailkan di mahkamah wilayah di Bandar Aachen, Jerman yang menyatakan bahawa pendakwa raya  percaya jururawat itu membunuh empat lagi pesakit dan cuba berbuat demikian dalam sembilan kes lain semuanya dalam tempoh beberapa bulan.

Lelaki Jerman berusia 44 tahun itu kini dituduh melakukan 9 pembunuhan dan 34 cubaan membunuh dengan memberi dos berlebihan ubat penahan sakit atau ubat pelali kepada mangsanya.

Motifnya dipercayai kerana lelaki itu mahukan syif malam yang tenang dan usaha minimum dengan pesakit. Dalam beberapa kes, jururawat itu didakwa melakukan pelbagai percubaan untuk membunuh pesakit tertentu.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara Disember 2023 dan Mei 2024. - BERNAMA-dpa

GRACE AISYAH KEDAYAN