fb fb fb fb fb

Seorang daripada setiap lima penjawat awam di UK akan kehilangan pekerjaan

(Gambar dari Jacob Rees-Mogg menunjukkan pejabat kementerian yang kosong ketika penjawat awam terus bekerja dari rumah/GOOGLE)

LONDON, 13 Mei - Berpuluh-puluh ribu penjawat awam di United Kingdom (UK) dijangka kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan langkah pengurangan kos baharu yang dirancang oleh kerajaan, kata Menteri Kanan Jacob Rees-Mogg hari ini.

Beliau tidak menafikan laporan media bahawa 91,000 penjawat akan diberhentikan.

"Saya tahu bunyinya mengejutkan, tetapi ia sekadar langkah untuk kembali ke perkhidmatan awam yang kita ada pada 2016."

Perdana Menteri Boris Johnson pula memberitahu akhbar Daily Mail bahawa "kita perlu mengurangkan kos kerajaan bagi membolehkan kos sara hidup diturunkan", sambil menambah bahawa tanggungan kerajaan telah melonjak dengan begitu tinggi susulan pandemik COVID-19.

(Boris Johnson (tengah) bercakap semasa mesyuarat Kabinet di Stoke-on-Trent pada 12 Mei/AP)

Sehubungan itu, 91,000 pekerjaan bersamaan 20% daripada keseluruhan perkhidmatan awam perlu dimansuhkan bagi menjimatkan sekitar £3.5 bilion setahun.

Menurut beliau, kerajaan sedang bergelut untuk mengimbangi akaun, setelah membelanjakan sejumlah besar semasa pandemik.

Ketika ini tumpuan diberi kepada usaha memerangi inflasi yang semakin meningkat dan menghalang pemulihan ekonomi selain memberi tekanan tambahan terhadap kewangan awam. -AFP

Media Baharu