fb fb fb fb fb

Senat AS bakal mengundi usul dana perang terhadap Ukraine minggu depan

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 15 Disember- Senat Amerika Syarikat (AS) dijangka melaksanakan pengundian berhubung bantuan ketenteraan terhadap Ukraine dan Israel minggu depan ketika perbincangan berkaitan perubahan polisi keselamatan sempadan AS dikaitkan dengan dana tersebut kata Ketua Senat, Chuck Schumer pada Khamis.

Menurut Schumer, Senat bakal menangguhkan cuti yang sepatutnya bermula pada Jumaat dan bersidang pada Isnin bagi memberi masa kepada para perunding bagi mencapai persetujuan.

"Kejayaan perundingan bergantung kepada kami (Senat). Kami tahu dunia sedang memerhatikannya", kata Schumer.

Presiden AS, Joe Biden telah menggesa penggubal undang-undang untuk meluluskan pakej bantuan tambahan bagi menyediakan AS$50 bilion kepada Ukraine ketika ia berusaha memerangi Rusia, serta AS$14 bilion buat Israel ketika ia melancarkan perang terhadap pejuang Hamas di Gaza.

Speaker Dewan Perwakilan Republikan Mike Johnson, serta anggota Senat Republikan telah berulang kali berkata mereka hanya akan mengundi bantuan itu jika ia dibentang bersama dengan kawalan baharu untuk sempadan A.S.-Mexico.

Sebarang perjanjian yang dicapai di Senat, yang dikuasai Demokrat, juga perlu memenangi kelulusan Dewan, yang dikuasai Republikan sebelum pengesahan rang undang-undang.

Baru-baru ini, Biden dilaporkan berkata dia terbuka kepada rundingan penting mengenai keselamatan sempadan untuk membuat perjanjian dengan Republikan, tetapi beberapa anggota Demokrat telah mengkritik cadangan White House yang dilaporkan oleh Reuters dan saluran berita lain yang akan mengehadkan akses kepada suaka AS dan meningkatkan pengusiran.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD