NEW YORK, 15 Disember- Enam jersi yang dipakai bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi ketika pasukan tersebut menjuarai Piala Dunia 2022 dilelong pada harga AS$7.8 juta dalam satu lelongan pada Khamis.
Rumah lelongan tersebut, Sotheby berkata harga berkenaan telah memecahkan rekod sebelumnya bagi penjualan item yang dikaitkan dengan pemain itu sekali gus memorabilia sukan paling berharga yang dilelong tahun ini.
Antara koleksi yang dilelong termasuk jersi yang dipakai Messi pada aksi separuh masa pertama perlawanan akhir menetang Perancis di Qatar.
"Jersi bersejarah ini bukan sahaja peringatan yang ketara tentang salah satu momen terpenting dalam sejarah sukan tetapi pada asasnya berkaitan dengan detik kemuncak dalam kerjaya pemain bola sepak yang paling terkenal dalam sejarah," kata Ketua Koleksi Moden Sotheby, Brahm Wachter.
Tahun lalu, Jersi Michael Jordan dari perlawanan pembukaan Final NBA 1998 memegang rekod harga tertinggi yang dibayar untuk item memorabilia sukan yang dipakai dalam permainan, iaitu kira-kira AS$10.1 juta.-REUTERS