fb fb fb fb fb

Ribut salji landa seluruh Rusia

Kereta dilitupi salji tebal berikutan salji lebat landa Moscow/REUTERS

MOSCOW, 15 Disember- Ribut salji melanda seluruh Rusia pada Jumaat merupakan salah satu salji paling lebat dalam beberapa dekad dan menimbulkan kesesakan di jalan-jalan utama.

Pemandu trak terpaksa menempuhi lebih 20 sentimeter salji dan angin kencang.

Menurut ahli meteorologi taufan yang membawa ribut salji berterusan ke ibu negara Rusia itu adalah salah satu ribut salji terkuat yang melanda Moscow dalam tempoh 60 tahun.

Lebih satu perlima daripada purata salji turun pada bulan Disember direkodkan dalam tempoh 24 jam di stesen meteorologi di seluruh Moscow. Jalan-jalan mula dilitupi salji. Pengguna jalan raya turut berhadapan kesukaran untuk menaiki kereta dan bergerak.

Laman web cuaca Gismeteo berkata jumlah salji pada bulan Disember di Moscow boleh mencapai 50 sentimetemer. Ia adalah angka tertinggi direkodkan pada bulan itu.

Sekolah di beberapa wilayah di Rusia ditutup berikutan salji lebat, lapor televisyen Rusia. Kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer turut berlaku di salah satu jalan utama Rusia. Ia memerangkap pemandu dalam suhu beku.

Akhbar Kommersant berkata bahawa harga untuk mengeluarkan kereta daripada runtuhan salji di Moscow melonjak kepada sekitar 5,000 rubel ($55).- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI