fb fb fb fb fb

Sembilan terkorban selepas pesawat terhempas di Thailand

Pesawat ringan terhempas di hutan bakau di wilayah Chachoengsao di timur Thailand, semalam menemui 64 bahagian tubuh manusia/Foto Thairath

BANGKOK, 23 Ogos - Sembilan individu dipercayai terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas di wilayah Chachoengsao di timur Thailand, semalam.

Menurut pegawai Thailand, semua penumpang dipercayai tiada yang terselamat.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Bangkok ke Trat dan membawa dua juruterbang serta tujuh penumpang.

Menurut media tempatan penumpang terdiri daripada empat warga Thailand dan lima warga China, termasuk dua kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun.

Gabenor Chachoengsao, Chonlatee Yangtrong, berkata pencarian sedang giat dijalankan, tetapi mereka percaya semua penumpang telah meninggal dunia.

Operasi mencari melibatkan lebih 300 anggota, namun hujan lebat menyukarkan usaha tersebut.

Pihak berkuasa telah menemui beberapa bahagian badan dan serpihan pesawat, dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN