fb fb fb fb fb

Sembilan polis dibunuh perompak di selatan Pakistan

Foto Fail: AFP

LAHORE, 23 Ogos- Perompak bersenjatakan pistol dan bom tangan roket menyerang hendap konvoi polis di Pakistan pada Khamis, membunuh sekurang-kurangnya sembilan pegawai dan mencederakan yang lain, kata polis dan kementerian dalam negeri.

Insiden itu berlaku di daerah Rahim Yar Khan di selatan Pakistan.

Satu kenyataan polis berkata, perompak itu menyerang dua peronda polis berhampiran sempadan antara dua wilayah.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif mengutuk serangan itu dan mengarahkan kepimpinan polis mengambil tindakan pantas untuk menangkap pelakunya.

Kementerian Dalam Negeri meletakkan angka kematian mencecah 11 orang.

Wilayah sempadan dianggap sebagai kawasan larangan untuk rakyat.

Polis dan agensi penguatkuasa undang-undang tidak mengawal kawasan itu yang digunakan oleh sebilangan besar kumpulan samseng sebagai tempat selamat.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI