fb fb fb fb fb

Sembilan pegawai penyelidik Argentina tidak divaksin di Antartika dipindahkan selepas positif COVID-19



BUENOS AIRES, 21 Januari - Sembilan pegawai penyelidik Argentina di Antartika yang tidak divaksin dipindahkan selepas diuji positif COVID-19.

Mereka yang tidak bergejala itu dipindahkan ke Buenos Aires sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut pegawai Direktorat Kebangsaan Antartika, Patricia Ortuzar, 24 daripada 43 saintis dan anggota tentera yang tinggal di pangkalan La Esperanza Argentina telah dijangkiti wabak berkenaan.

15 lagi kakitangan yang positif COVID-19 juga tidak bergejala kekal berada di pangkalan bersama pasukan lain kerana mereka sudah menerima vaksin.

Ortuzar berkata, pangkalan Argentina yang lain kekal bebas COVID-19.

Beliau menambah, keadaan di La Esperanza juga terkawal. - AFP

Media Baharu