fb fb fb fb fb

Pertumbuhan langganan Netflix semakin perlahan

SAN FRANCISCO, 21 Januari- Penyedia layanan penstrimen video, Netflix melaporkan pertumbuhan jumlah langganan semakin 'perlahan' antaranya disebabkan persaingan sengit industri dan pandemik COVID-19 meskipun mendapat sambutan hebat, siri popular "Squid Game" dan "Money Heist."

Syarikat itu meramalkan, tidak banyak perubahan akan berlaku pada suku pertama 2022 dengan laporan perolehan hanya menjangka pertambahan kira-kira 2.5 juta pelanggan.

Kasan pasaran memberi impak segera dengan saham syarikat gergasi penstrimen California itu merosot kira-kira 20% selepas beberapa jam didagangkan.

Jangkaan langganan terakhir bawah 2.5 juta pelanggan adalah pada 2010, apabila Netflix hanya mempunyai 13.9 juta pelanggan.

“Meskipun pengekalan dan penglibatan (pelanggan) kekal sihat, pertumbuhan perolehan masih belum dapat dipercepatkan semula pada tahun pra-Covid.

Kami merasakan ini mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk penularan berterusan pandemik dan kesukaran ekonomi makro di beberapa bahagian di dunia,” lapor kenyataan itu.

Kebanyakan 8.3 juta pelanggan tambahan pada hujung tahun lepas adalah dari luar Amerika Utara, menurut kenyaatan syarikat pensterimen itu lagi.

Media Baharu