fb fb fb fb fb

Warga asing memasuki AS melalui jalan darat wajib divaksin berkuatkuasa Sabtu

FOTO AFP


WASHINGTON, 21 Januari- Berkuat kuasa esok, warga asing yang ingin memasuki Amerika Syarikat (AS) melalui sempadan darat atas apa-apa urusan sekali pun, perlu mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Ia termasuk warga asing yang tiba melalui jalan darat atau menaiki feri dari Mexico dan Kanada yang sebelum ini dikecualikan daripada mengambil vaksin setelah mereka dikategorikan dalam perjalanan penting dan golongan profesional.

Pengecualian terhadap golongan tersebut sebelum ini telah memberi kesan kepada penumpang yang tinggal dan bekerja di bahagian bertentangan, sama ada sempadan Kanada-AS atau Mexico-AS.

Sehubungan itu, Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), Alejandro Mayorkas pada Khamis memaklumkan, peraturan baharu itu dilaksana bagi mengekang penularan wabak di negara itu.

"Pengembara harus bersedia untuk menunjukkan bukti telah divaksinasi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini AS telah menutup sebahagian besar sempadannya kepada dunia luar sejak wabak COVID-19 mula merebak.

Namun, ia dibuka semula kepada kebanyakan pelancong pada November lalu, dengan syarat mereka telah diberi vaksin. - AFP

Media Baharu