fb fb fb fb fb

Indonesia desak wujudkan agensi kesihatan global

FOTO BERNAMA

JAKARTA, 21 Januari - Indonesia mendesak supaya agensi kesihatan global baharu diwujudkan.

Perkara itu dinyatakan Presidennya, Joko Widodo pada Mesyuarat Forum Ekonomi Dunia.

Widodo berkata agensi itu akan mengukuhkan daya tahan kesihatan dunia dan membantu menjadikan ia sistem lebih inklusif dan responsif terhadap krisis.

Pemimpin Indonesia itu juga memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan kapasiti terhad untuk menangani wabak COVID-19.

Tambah beliau, banyak kerjasama kesihatan global semasa termasuk berkenaan vaksin hanya bersifat sementara.

Negara Asia Tenggara itu terjejas teruk akibat wabak itu tahun lalu dengan lebih 144,000 kematian.

Indonesia juga bergelut untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi untuk populasinya yang besar.

Sehingga kini, hanya 45% daripada 270 juta penduduknya telah diberikan vaksin sepenuhnya. - AFP

 

Media Baharu