fb fb fb fb fb

Perancis akan longgarkan perintah sekatan COVID-19 mulai 2 Februari


PARIS, 21 Januari - Perancis akan mula melonggarkan perintah sekatan COVID-19 beransur-ansur mulai 2 Februari ini.

Perdana Menteri, Jean Castex berkata, keputusan itu susulan terdapat tanda-tanda gelombang jangkitan membabitkan varian Omiron semakin menurun.

Ini meski pun pihak berkuasa kesihatan sebelum ini memaklumkan, kes harian COVID-19 pada Selasa lalu mencatat rekod, iaitu 464-ribu 769 ribu kes.

Bagaimanapun Castex menjelaskan, penguatkuasaan "pas vaksin" untuk memasuki restoran, pawagam dan tempat awam lain membolehkan sekatan ketat sejak Disember lalu ditarik balik perlahan-lahan.

Sebagai permulaan had kapasiti penonton untuk dewan konsert dan perlawanan sukan di kawasan tertutup dan terbuka akan ditamatkan.

Bekerja dari rumah juga tidak lagi wajib bagi pekerja yang layak, dan pemakaian pelitup muka dilonggarkan. - REUTERS

 

Media Baharu