fb fb fb fb fb

Sembilan daripada 10 kanak-kanak di Gaza alami kebuluran, kurang zat

FOTO AFP

GENEVA, 6 Jun- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis berkata, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Gaza tidak mendapat makanan yang mencukupi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan sihat mereka.

"Di Semenanjung Gaza, berbulan-bulan permusuhan dan sekatan ke atas bantuan kemanusiaan telah meruntuhkan sistem makanan dan kesihatan, mengakibatkan krisis makanan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka," kata UNICEF.

Ia berkata, menerusi lima set data yang dikumpul antara Disember 2023 dan April 2024, kajian mendapati 9 daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza, yang telah diuji dengan serangan Israel sejak Oktober lalu, mengalami 'kemiskinan' makanan yang teruk, bermakna mereka sedang bertahan dengan dua atau kurang kumpulan makanan setiap hari.

"Ini adalah bukti kesan mengerikan konflik dan sekatan terhadap keupayaan keluarga untuk memenuhi keperluan makanan kanak-kanak dan ia meletakkan kanak-kanak berisiko mengalami kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa," kata UNICEF.

Israel berkata ia tidak mengehadkan bekalan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza dan telah menyalahkan Pertubuhan Bangsa Bersatu atas penghantaran lambat, sambil menakawa operasinya tidak cekap.

Tetapi dengan jumlah kebuluran yang di Gaza, dengan beberapa kanak-kanak mati akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi, malah sekutu tegar Israel sebaliknya telah meningkatkan tekanan ke atas negara haram itu untuk segera membenarkan bantuan makanan masuk.

Untuk memenuhi kepelbagaian diet minimum untuk perkembangan sihat, kanak-kanak mesti mengambil makanan daripada sekurang-kurangnya lima daripada lapan kumpulan makanan yang ditentukan oleh skor kepelbagaian diet yang digunakan oleh UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ini termasuk susu ibu, telur, produk tenusu, dan daging, ayam dan ikan, antara kumpulan lain.

UNICEF berkata di seluruh dunia, 27 peratus kanak-kanak hidup dalam kemiskinan makanan kanak-kanak yang teruk pada peringkat awal kanak-kanak, yang berjumlah 181 juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun.

Serangan darat dan udara Israel sejak Oktober tahun lalu telah membunuh lebih 36,500 orang di Gaza.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE