fb fb fb fb fb

Sekutu Ukraine berbincang bantuan baharu & jaminan keselamatan

Foto Reuters

PARIS, 27 Mac – Seramai 30 pemimpin dunia bertemu di Paris hari ini bagi membincangkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine serta peranan mereka dalam sebarang perjanjian damai dengan Rusia.

Sidang kemuncak yang diterajui Perancis itu dihadiri pemimpin seperti Perdana Menteri Poland, Donald Tusk; Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte; dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Presiden Emmanuel Macron mengumumkan tambahan 2 bilion euro bantuan ketenteraan kepada Ukraine, manakala sekutu lain dijangka mengumumkan sokongan masing-masing.

Perbincangan turut meneliti pemantauan gencatan senjata terhad ke atas sasaran maritim dan infrastruktur tenaga, selain kemungkinan menubuhkan pasukan keselamatan di Ukraine sebagai sebahagian penyelesaian damai.

Sementara itu, Ukraine dan Rusia terus saling menuduh melanggar gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS), manakala Kesatuan Eropah (EU) menolak syarat Rusia untuk gencatan senjata di Laut Hitam.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN