ITALI, 26 Februari- Sekurang-kurangnya 40 pendatang maut selepas bot mereka karam pagi tadi di luar bandar pantai Itali Crotone di wilayah selatan Calabria, lapor media negara itu pada Ahad.
Pencarian mangsa yang terselamat diteruskan, namun usaha itu terpaksa dihentikan kerana laut bergelora.
Memetik laporan Agensi berita AGI, seorang pekerja penyelamat berkata seorang bayi berusia beberapa bulan antara mangsa yang terlibat.
Apabila dihubungi AFP, pengawal pantai Itali enggan mengulas berikutan kapal pendatang yang terlebih muatan itu terbelah akibat ombak yang ganas.
Tragedi itu berlaku beberapa hari selepas kerajaan berhaluan kanan menolak undang-undang baharu mengenai pendatang di parlimen.
Menurut pengkritik, undang-undang baharu itu memaksa kapal bantuan migran melakukan satu percubaan menyelamat pada satu masa sekali gus meningkatkan risiko lemas di tengah Mediterranean.
Laluan itu dianggap sebagai lintasan paling berbahaya di dunia untuk orang yang mencari suaka di Eropah.- AFP
(Tangkap layar daripada video di Cutro, pantai timur wilayah Calabria Itali/REUTERS)