(Foto portal earthquake.usgs.gov)
SYDNEY, 27 Februari- Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda wilayah terpencil barat New Britain di Papua New Guinea pada Ahad.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa bumi itu berada pada kedalaman 38 kilometer (km), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gegaran itu turut dirasai di sebuah Pusat Peranginan Ladang Walindi berhampiran bandar Kimbe kira-kira 80 km dari pusat gempa.
Tiada kerosakan direkodkan setakat ini. -AFP
(Foto portal earthquake.usgs.gov)