fb fb fb fb fb

Angka korban kapal pendatang karam di Itali meningkat 59 orang

(Lebih 50 pendatang maut selepas bot yang sarat muatan karam pada awal 26 Februari 2023 di laut bergelora
di luar wilayah Calabria selatan Itali/AFP)

CUTRO, 27 Februari- Angka korban kapal pendatang yang karam di luar pantai timur wilayah Calabria, Itali pada Ahad meningkat kepada 59 orang termasuk 11 kanak-kanak dan seorang bayi baru lahir.

Datuk Bandar Crotone, Vincenzo Voce mengesahkan angka itu menerusi saluran televisyen tempatan, TV Sky TG-24 pada Ahad, sambil memberitahu kira-kira 40 lagi terselamat.

Pengawal pantai Itali berkata kapal yang lebih muatan itu pecah akibat dipukul ombak kuat di luar Crotone, dengan anggaran lebih 200 orang berada di atas kapal tersebut.

Kebanyakkan mereka merupakan pendatang dari Afghanistan dan Iran.

Sementara itu, seorang suspek ditahan disyaki terlibat dengan sindiket memperdagang dan penyeludupan manusia

Itali adalah salah satu tempat pendaratan utama bagi pendatang yang cuba memasuki Eropah melalui jalan laut.

Laluan yang dipanggil Mediterranean tengah terkenal sebagai antara yang paling berbahaya di dunia.

Menurut Projek Migran Hilang di bawah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, seramai 20,333 orang telah mati atau hilang di tengah Mediterranean sejak 2014. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu