(Kilat menyambar tangan patung Christ the Redeemer di gunung Corcovado di Rio de Janeiro,
Brazil, pada 21 Februari 2023/AFP)
SAO PAULO, 27 Februari- Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tenggara Brazil seminggu lalu secara rasmi meningkat kepada 64 orang pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya seorang masih hilang.
Pihak berkuasa Sao Paulo dalam satu kenyataan memaklumkan, 18 yang maut itu merupakan kanak-kanak.
Kira-kira 2,400 orang kehilangan tempat tinggal akibat hujan lebat yang menghanyutkan rumah, jalan raya, klinik dan infrastruktur lain.
Lebih 600 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam di Sao Paulo, jumlah paling tinggi pernah direkodkan di Brazil dalam tempoh yang singkat.
Dianggarkan 9.5 juta daripada 215 juta penduduk Brazil tinggal di kawasan berisiko tinggi dilanda banjir atau tanah runtuh terutamanya kawasan kejiranan yang miskin. -AFP
(Anggota penyelamat mengangkut mayat mangsa selepas banjir di Barra do Sahy
dekat Sao Paulo, Brazil pada 21 Februari 2023/AFP)