fb fb fb fb fb

Empat askar Yaman terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak - Pegawai tentera

DUBAI, 26 Februari- Sekurang-kurangnya empat askar Yaman terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak Huthi yang disokong Iran di utara negara yang dilanda perang itu, kata seorang pegawai tentera Ahad.

“Empat askar terbunuh ketika berdepan dengan pemberontak Huthi pada petang Sabtu di selatan daerah Harib di wilayah Marib,” kata pegawai tentera itu.

Tentera bertindak balas terhadap "serangan mengejut", tambah pegawai yang tidak mahu disiarkan namanya kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Beberapa askar lain turut cedera dalam pertempuran itu, selepas serangan awal Huthi ke atas kedudukan kerajaan di Harib, kata pegawai perubatan dan pegawai tentera.

Maklumat mengenai kematian Huthi tidak diperolehi dengan segera.

Perbalahan antara pemberontak Huthi dan tentera Yaman yang disokong Arab adalah perkara biasa di Marib.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata peperangan itu telah membunuh ratusan ribu orang dan dikatakan sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia, dengan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal.

Gencatan senjata yang diusahakan oleh PBB berkuat kuasa pada April tahun lalu membawa pengurangan mendadak dalam permusuhan tersebut.

Gencatan senjata tamat pada Oktober, walaupun pertempuran sebahagian besarnya masih ditangguhkan.- AFP

(Seorang lelaki menyusun dahan pokok sebelum dijadikan kayu api/AFP)

Media Baharu