fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 19 orang mati, kebakaran pangsapuri berpunca daripada pemanas elektrik

FOTO AFP

NEW YORK, 10 Januari- Kebakaran besar yang memusnahkan sebuah bangunan di New York dan menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang mati termasuk sembilan kanak-kanak, berpunca daripada pemanas elektrik mudah alih.

“Menerusi bukti fizikal dan melalui akaun langsung penduduk, pihak marshal mendapati kebakaran bermula dari dalam bilik tidur yang terdapat pemanas elektrik mudah alih,” kata Komisioner Jabatan Bomba New York, Daniel Nigor.

Kebakaran berlaku pada Ahad melibatkan kediaman pangsapuri di Bronx.

Setakat berita ini dikeluarkan, pihak berkuasa mengesahkan 63 orang cedera.

Pihak berkuasa New York turut menyifatkan insiden bakal menjadi tragedi kebakaran terbesar dalam sejarah.

Menurut laporan New York Times, mereka yang cedera dihantar ke lima buah hospital berhampiran. Kebanyakan mangsa yang cedera mengalami masalah jantung dan pernafasan.

Empat hari lalu, kebakaran di Philadelphia menyebabkan 12 orang termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh.

Kebakaran di Philadelphia itu melibatkan bangunan tiga tingkat, insiden terbaharu seumpamanya di Amerika Syarikat. - AFP

Media Baharu