fb fb fb fb fb

AS rekodkan lebih 60 juta kes COVID-19

NEW YORK, 10 Januari - Amerika Syarikat (AS) merekodkan kes COVID-19 melebihi 60,000,00.

Menurut data dari Universiti Johns Hopkins, jumlah kes COVID-19 di AS meningkat kepada 60,062,077dengan kes kematian berjumlah 837,504.

Negara itu kekal sebagai negara yang paling teruk dilanda wabak berkenaan dengan kebanyakan kes dan kematian di dunia, membentuk kira-kira 20 peratus daripada kes global dan kematian melebihi daripada 15 peratus.

Berikutan penularan varian Omicron, kes COVID-19 melonjak sejak sebulan lalu di AS, dengan purata kira-kira 650,000 kes baru dikesan sehari, menurut pangkalan data New YorkTimes, jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kes COVID-19 AS mencecah 10,000,00 pada 9 November 2020.

Manakala, tahun lalu melebihi 20,000,00 pada 1 Januari, lebih 30,000,00 pada 24 Mac, melepasi 40,000,00 pada 6 September, dan berjumlah 50,000,00 pada 13 Disember.

Media Baharu