fb fb fb fb fb

Sektor perniagaan kembali beroperasi secara berperingkat di Shanghai

SHANGHAI, 15 Mei- Perniagaan di Shanghai akan dibuka semula secara berperingkat, mulai esok, selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung ketat bagi mengekang penularan COVID-19.

Naib Datuk Bandar Shanghai, Chen Tong, berkata pusat beli-belah serta pasar raya akan dibuka semula dengan pelanggan dibenarkan memasuki premis 'secara teratur', manakala salun rambut dan pasar sayur-sayuran juga bakal dibuka semula dengan kapasiti terhad.

Bercakap pada taklimat media, hari ini, beliau bagaimanapun tidak memperincikan kadar atau tahap pembukaan semula berkenaan.

(FOTO AFP)

Ketika perintah berkurung dikuatkuasakan, penduduk Shanghai hanya terbatas kepada pembelian barangan keperluan, dengan sebahagian besar beli-belah normal melalui platform dalam talian turut digantung sementara.

Sementara itu, seorang pegawai bandar berkenaan memaklumkan, Shanghai juga akan mengumumkan 'senarai putih' ketiga, dalam kalangan lebih 820 syarikat terbabit import dan eksport, yang boleh kembali beroperasi. -REUTERS

Media Baharu