fb fb fb fb fb

3.91 juta rakyat Lubnan mengundi hari ini

BEIRUT, 15 Mei- Pilihan raya umum di Lubnan bermula hari ini, menyaksikan lebih 3.91 juta rakyat layak mengundi buat pertama kali sejak protes pada 2019.

Pusat pengundian di 15 kawasan di seluruh negara dibuka seawal 7 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Sebanyak 718 calon bertanding merebut 128 kerusi Parlimen, dan had umur dibenarkan mengundi bermula 21 tahun, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan semalam, tentera Lubnan mengumumkan langkah keselamatan yang ketat telah diambil di kebanyakan wilayah di negara itu, terutama di Beirut.

(FOTO AFP)

Kali terakhir pilihan raya diadakan ialah pada 6 Mei 2018, dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 49 peratus.

Pilihan raya Lubnan berlangsung ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk sejak akhir 2019, termasuk nilai mata wang susut serta kekurangan bahan api dan perubatan. -BERNAMA

Media Baharu