fb fb fb fb fb

Sekatan sempadan kekang penularan COVID-19 di New Zealand tidak sah - mahkamah

(Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern/Fail AFP)

WELLINGTON, 27 April- Langkah mengenakan kawalan sempadan bagi mengelak penularan COVID-19 oleh kerajaan New Zealand tidak mengikut lunas undang-undang.

Mahkamah negara itu memutuskan sistem tersebut telah menghalang rakyat pulang ke tanah air.

Dalam keputusan bertulis setebal 140 muka surat, Hakim Jillian Mallon berkata proses pengasingan dan kuarantin tidak mengambil kira pertimbangan peribadi individu serta penilaian mencukupi dan sewajarnya.

Malon mendapati sistem itu sendiri merupakan elemen kritikal dalam strategi menghapuskan pandemik COVID-19.

Namun, ia (sistem) gagal untuk mengambil kita kepentingan khusus rakyat, bermaksud kerajaan telah bertindak "secara tidak sah, tidak munasabah dan melanggar hak setiap warga New Zealand untuk memasuki negara.”


(FOTO AFP)

Kes itu dicabar di Mahkamah Tinggi Wellington pada Februari lalu oleh kumpulan advokasi "Grounded Kiwis" yang telah melobi supaya sekatan pergerakan itu dilonggarkan.

Hujah kumpulan itu mengatakan penduduk New Zealand yang berada di luar telah dilucutkan hak mereka sehingga ada yang mengalami trauma kerana tidak dibenarkan pulang ke tanah air.

Kes itu tertumpu kepada sekatan yang dikenakan kerajaan bagi tempoh 1 September sehingga 17 Disember tahun lepas. -AFP

Media Baharu