(Amber Heard/FOTO AFP)
FAIRFAX, 27 April- Seorang ahli psikologi memberitahu mahkamah ketika memberi keterangan, bekas isteri bintang "Pirates of the Caribbean" Johnny Depp, Amber Heard mengalami gangguan kecelaruan personaliti
Ahli psikologi itu, Shannon Curry merupakan saksi dikemukan peguam Depp selaku defendan, memberi keterangan pada Selasa.
Curry merupakan ahli psikologi klinikal dan forensik, berkata dia telah memeriksa rekod kesihatan mental Heard dan menilai secara peribadi selama 12 jam bagi tempoh masa dua hari pada Disember 2021.
Curry berkata ia dia berpendapat bahawa pelakon wanita berusia 36 tahun itu, yang melakonkan watak utama dalam filem "Aquaman," mempunyai sejarah gangguan kecelaruan personaliti.
"Heard memperoleh markah yang konsisten dengan diagnosis tersebut," kata Curry.
Sementara itu, peguam yang mewakili Heard cuba menyangkal keterangan Curry semasa pemeriksaan balas, dengan menyatakan dia telah diupah oleh peguam Depp untuk memberi keterangan bagi pihaknya.
"Adakah kepakaran kamu tidak akan diiktiraf sekiranya kamu tidak mengemukan fakta yang memihak Depp dan menentang Heard?, soal Elaine Bredehoft, seorang peguam untuk Heard, bertanya kepada Curry.
(Pelakon Amber Heard kembali ke kamar mahkamah semasa perbicaraan fitnah bekas suaminya
Johnny Depp terhadapnya, di Mahkamah Daerah Fairfax, Virginia/FOTO REUTERS)
"Saya membentangkan sains tanpa mengira apa sains itu," jawab Curry.
Curry berkata beberapa ciri utama gangguan personaliti termasuk terdapat banyak kemarahan dan permusuhan dalaman yang dikesan termasuk kecenderungan untuk mengubah diri sendiri menjadi orang lain selain emosi dan perasaan yang dilihat sering berubah-ubah.
"Mereka yang didagnosis dalam kategori ini mengalami kecelaruan personaliti dan pada satu tahap boleh bertindak balas dengan ganas serta boleh bertindak balas secara fizikal.
"Seringkali mereka akan menganiaya pasangan mereka."
"Ia umpama bermain wayang, berlakon memaparkan satu sikap yang ceria dan tenang pada satu masa, kemudian berubah menjadi pemarah pada masa yang berbeza hanya seklip mata ," katanya
Curry, yang mempunyai pengalaman dengan pasukan veteran pertempuran Amerika, berkata dia bagaimanapun berpendapat bahawa kelakuan Heard juga bukan berpunca daripada gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) akibat penderaan domestik yang didakwa.
Heard telah menggunakan alasan gejala akibat trauma penderaan Depp itu dalam ujian yang diberikan, katanya.
Depp yang berusia 58 tahun telah menafikan pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard dan telah berulang kali mendakwa pada perbicaraan bahawa dia adalah orang yang sering melakukan kekerasan.
Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard berhubung ruangan yang ditulisnya untuk The Washington Post pada Disember 2018 di mana pelakon wanita itu menggambarkan dirinya sebagai "tokoh awam yang mewakili penderaan domestik."
Heard tidak pernah menamakan Depp tetapi beliau menyamannya kerana membayangkan bekas suaminyanya ituseorang pendera rumah tangga dan menuntut ganti rugi AS$50 juta.
Heard yang dilahirkan di Texas bertindak balas, meminta AS$100 juta dan mendakwa menjadi mangsa keganasan dan penderaan fizikal.
(Pelakon Amber Heard kembali ke bilik mahkamah semasa perbicaraan fitnah
bekas suaminya Johnny Depp terhadapnya, di Mahkamah Daerah Fairfax di Fairfax, Virginia/FOTO REUTERS)
Depp, calon Oscar tiga kali, dan Heard bertemu pada 2009 di set filem "The Rum Diary" dan berkahwin pada Februari 2015. Perceraian mereka dimuktamadkan dua tahun kemudian.
Peguam Heard telah mendakwa bahawa Depp akan menjadi "raksasa" penderaan fizikal dan seksual apabila dia mabuk atau menggunakan dadah, dan mendesaknya secara meluas tentang penggunaan dadah dan alkoholnya selama tiga hari pemeriksaan balasnya di kandang saksi.
Turut memberi keterangan pada hari Selasa ialah Tara Roberts, yang sejak 15 tahun lalu telah menguruskan sebuah pulau persendirian di Bahamas yang dimiliki oleh Depp.
Roberts diminta oleh peguam Depp untuk menceritakan butiran pertengkaran pasangan itu di pulau itu pada suatu petang.
"Amber memberitahunya bahawa dia adalah seorang pelakon yang tidak berguna, dia(Depp) akan mati sebagai lelaki tua yang kesepian."kata Roberts- AFP