fb fb fb fb fb

Imej kapal angkasa Shenzhou-13 bakal dijadikan dokumentari

(Poster ilustrasi stesen kerja angkasa China/FOTO REUTERS)

BEIJING, 27 April- Imej yang dibawa pulang kapsul kapal angkasa Shenzhou-13 yang selamat mendarat di Bumi baru-baru ini, bakal dijadikan dokumentari.

Imej dengan standard teknikal tertinggi yang diambil oleh manusia di angkasa lepas itu antara item yang dibawa pulang kapsul berkenaan.

Pada masa akan datang, data terbabit akan menjadi bahan dalam dokumentari bertajuk "Terbang di Angkasa Lepas".

Pada Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini, kru kapal angkasa Shenzhou-13 yang terdiri tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu menyambut perayaan tradisional itu di Stesen Angkasa Lepas pertama China.
(Logo pada pakaian rasmi pasukan kapal angkasa Shenzhou-13 semasa sidang media pelancarannya/FOTO FAIL REUTERS)


Wang Yaping ketika itu menggunakan satu kamera khas untuk merekodkan detik istimewa Ye Guangfu yang menggunting rambut Zhai Zhigang.

(Tampalan Shenzhou-13 dilihat dalam pakaian seragam seorang kakitangan, semasa sidang akhbar menjelang pelancaran roket Long March-2F Y13, yang membawa kapal angkasa Shenzhou-13 dan tiga angkasawan dalam misi 
krew kedua China untuk membina. stesen angkasanya sendiri, di Jiuquan

Kamera yang digunakan ialah kamera berdefinisi ultra tinggi (UHD) 8K yang dibangunkan khas oleh Kumpulan Media China (CMG).

Peralatan itu menggunakan standard teknikal "8K, 50 bingkai, bingkai penuh", yang adalah standard teknikal tertinggi bagi rakaman manusia di ruangan angkasa lepas setakat ini.

Momen menarik lain yang dirakam kamera itu termasuk pemandangan ruangan angkasa lepas dan saat angkasawan tinggal di stesen angkasa selama enam bulan.

Detik-detik itu akan turut dikongsikan dalam dokumentari yang bakal ditayangkan tahun ini. -BERNAMA





Media Baharu