fb fb fb fb fb

Kerajaan Nigeria tamatkan sekatan penggunaan Twitter

FOTO TWITTER BUHARI

ABUJA, 13 Januari- Kerajaan Nigeria menamatkan keputusan menggantung operasi Twitter, tujuh bulan selepas mengharamkan penggunaan media sosial itu susulan pertikaian mengenai status Presiden Muhammadu Buhari.

Keputusan membenarkan operasi media sosial itu dibuat setelah rundingan diadakan antara wakil kerajaan dan Twitter yang menetapkan syarat baharu termasuk Twitter perlu mendaftar operasinya di Nigeria.

"Kerajaan Persekutuan mengarahkan saya untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Presiden Muhammadu Buhari... telah meluluskan penamatan penggantungan operasi Twitter di Nigeria bermula 12.00 tengah malam ini," menurut kenyataan bahagian pembangunan teknologi maklumat negara itu.

Operasi Twitter disekat pada Jun tahun lalu selepas syarikat itu memadam komen Bukhari seterusnya mencetuskan bantahan komuniti antarabangsa terhadap hak kebebasan bersuara.

Komen Buhari itu merujuk perang saudara Nigeria sebagai amaran kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas pergolakan di tenggara negara itu.

Tindakan menyekat laman Twitter itu mengejutkan penduduk Nigeria, memandangkan laman media sosial itu memainkan peranan besar dalam wacana politik termasuk penggunaan "#BringBackOurGirls" selepas Boko Haram menculik hampir 300 pelajar sekolah pada 2014.

Juga "#EndSARS" semasa protes keganasan antipolis pada 2020.

Kira-kira 40 juta penduduk atau kira-kira 20% daripada populasi Nigeria memiliki akaun Twitter dan kebanyakan mereka menggunakan platform itu untuk perniagaan. -AFP

Media Baharu