fb fb fb fb fb

Presiden Perancis enggan paksa pengambilan vaksin COVID-19 meski kes melonjak


FOTO AFP

PARIS, 13 Januari - Presiden Perancis, Emmanuel Macron mempertahankan keputusan kerajaan untuk membenarkan sekolah terus beroperasi, meskipun berdepan kekecewaan ibu bapa yang bimbang dengan langkah menangani kes positif COVID-19 dalam kalangan pelajar.

Murid dibenar menjalani ujian kendiri berbanding ujian PCR jika ada dalam kalangan mereka dijangkiti COVID-19.

"Saya percaya langkah teruskan sekolah beroperasi adalah wajar. Ini mengambil kira pelaksanaan sekatan pergerakan terdahulu yang memberi impak kepada kemampuan murid selepas sekolah ditutup. Ia menggangu interaksi mereka.Jadi adalah tidak adil jika sekolah tidak beroperasi," katanya kepada media tempatan.

Tambahnya, kerajaan mengambil pendekatan enggan mewajibkan pengambilan vaksin khususnya terhadap kanak-kanak.

Terdahulu, Perdana Menteri, Jean Castex menyifatkan peningkatan kes mengakibatkan protokol kesihatan di sekolah 'terlalu berat'.

"Tiga kali ujian kendiri sudah memadai untuk pelajar membuktikan mereka selamat untuk ke sekolah," jelasnya.

Perancis mengalami lonjakan kes dengan kadar jangkitan Omicron yang semakin meningkat, sekali gus menyaksikan pertambahan kemasukan ke hospital.

 

Media Baharu