FOTO AFP
QUEBEC, 13 Januari - Kanada akan mengenakan denda terhadap penduduk dewasa di Wilayah Quebec yang enggan mendapatkan vaksin COVID-19.
Perdana Menterinya, Francois Legault berkata, jumlah penalti itu masih belum diputuskan dan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
"Mereka yang enggan divaksin juga akan dikenakan cukai kesihatan", kata Francois.
"Mereka yang tidak divaksinasi akan membawa kepada akibat terhadap sistem penjagaan kesihatan dan tidak semua penduduk Quebec perlu menanggung perkara itu", tegasnya kepada media.
Ini adalah kali pertama kerajaan di Kanada mengumumkan penalti kewangan untuk individu yang enggan divaksinasi akibat penularan wabak berkenaan.
Kira-kira 10 peratus individu dewasa di Quebec tidak divaksinasi, tetapi mereka mewakili kira-kira 50 peratus pesakit mendapatkan rawatan rapi.