fb fb fb fb fb

Dos penggalak COVID-19 diberi percuma untuk rakyat Indonesia

FOTO AFP

JAKARTA, 13 Januari - Dos penggalak COVID-19 akan diberikan secara percuma untuk semua rakyat Indonesia.

Perkara itu dizahirkan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Ia susulan program pemberian dos penggalak di republik itu yang bermula hari ini berikutan peningkatan kes COVID-19 sejak tiga bulan lalu.

"Program dos penggalak adalah usaha penting untuk meningkatkan imuniti rakyat memandangkan virus COVID-19 terus bermutasi", tegas Jokowi.

Program itu memberi keutamaan kepada golongan warga emas dan kumpulan rentan.

"Ia adalah usaha untuk menjaga kesihatan kita. Walaupun kita memakai pelitup muka dan mengikuti protokol kesihatan, ia akan meningkatkan sistem imun kita berbanding orang lain yang belum mendapatnya," katanya lagi kepada media.

Rakyat Indonesia yang menerima suntikan vaksin kedua mereka sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan lalu layak untuk menerima dos ketiga.

 

Media Baharu