fb fb fb fb fb

Lima lagi tahanan Penjara Teluk Guantanamo dibebaskan

FOTO AFP

WASHINGTON, 13 Januari- Kerajaan Amerika Syarikat meluluskan pembebasan lima lagi banduan di penjara tentera Kem Tahanan Teluk Guantanamo.

Menurut dokumen yang dimuat naik Jabatan Pertahanan minggu ini, tiga daripada mereka berasal dari Yaman, seorang dari Somalia dan yang ke-5 dari Kenya.

Secara kolektif, mereka telah menghabiskan masa selama 85 tahun dipenjara yang dibuka dua dekad lalu, dipanggil "perang melawan pengganas susulan serangan 11 September 2001 didakwa oleh kumpulan Al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat.

Banduan terlibat ialah Somali Guleed Hassan Ahmed (juga dipanggil Guled Hassan Duran); warga Kenya Mohammed Abdul Malik Bajabu; dan Omar Muhammad Ali al-Rammah, Moath Hamza al-Alwi, dan Suhayl al-Sharabi dari Yaman.

Lembaga Kajian Berkala Pentagon mendapati kesemua mereka tidak lagi mendatangkan ancaman kepada Amerika Syarikat.

Namun seperti kelulusan sebelum ini, pembebasan mereka mungkin ditangguhkan atau sedikit lewat, memandangkan Washington perlu mendapatkan persetujuan dari negara asal banduan atau negara lain untuk menerima mereka.

Berdasarkan situasi semasa, Amerika Syarikat mungkin tidak akan menghantar banduan itu ke Yaman dalam kadar segera disebabkan perang saudara belum berakhir, juga ke Somalia yang turut berdepan konflik dalaman. -AFP

Media Baharu