fb fb fb fb fb

Saya menjadi sasaran cubaan bunuh kumpulan bersenjata – PM Haiti

FOTO AFP

PORT-AU-PRINCE, 4 Januari- Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry dalam satu temu bual mendakwa dia menjadi sasaran cubaan membunuh ketika sambutan hari kebangsaan hujung minggu lalu.

“Satu percubaan (membunuh) dibuat terhadap saya, nyawa saya berada di “hujung tanduk”, kata Henry pemimpin de-factor yang mentadbir negara sejak pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada Julai.

Pertempuran antara polis dan kumpulan bersenjata memuncak pada Sabtu ketika sambutan rasmi hari kebangsaan di bandar Gonaives, kira-kira 150 kilometer utara ibu negara Port-au-Prince, lokasi pengisytiharan kemerdekaan Haiti ditandatangani lebih 200 tahun lalu.

Gambar yang ditunjukkan Henry kepada wartawan menunjukkan kesan peluru di cermin hadapan kenderaan perisai dinaikinya.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas kumpulan rakyat dan ahli kumpulan bersenjata di Gonaives mengadakan bantahan ganas terhadap kunjungan Henry ke bandar tersebut.

"Saya tahu, saya telah mengambil risiko, kata Henry menerusi temu bual melalui telefon bersama wartawan.

“Kita tidak boleh biarkan penyamun daripada mana-mana latar belakang, demi wang memeras ugut negara, katanya.

Kemiskinan berpanjangan, bencana alam dan keganasan kumpulan samseng di negara Caribbean tanpa fungsi parlimen serta mempunyai badan kehakiman yang lumpuh selama dua tahun, seterusnya pembunuhan Moise hanya menjadikan situasi menjadi semakin buruk. -AFP

Media Baharu