PORT AU PRICE, 4 Januari- 10 banduan dan seorang pegawai polis terbunuh ketika sekumpulan banduan cuba meloloskan diri dari penjara Haiti.
“Jumlah kematian ada 11 orang termasuk pegawai polis, kata Jurucakap polis, Gary Desrosiers kepada wartawan mengenai insiden pada Jumaat di penjara Croix-des-Bouquets yang terletak berhampiran ibu negara Haiti.
Tiga lagi pegawai polis dilaporkan cedera serius dan perlu diberi rawatan segera ke Cuba.
Insiden itu bermula pada tengah hari Jumaat, apabila sekumpulan banduan yang tidak diketahui jumlahnya cuba meloloskan diri dari penjara ke dua terbesar negara itu.
“Banduan turut menahan pegawai polis dan jururawat”, Mereka merampas beberapa senjata termasuk yang disimpan di pejabat keselamatan. Pasukan polis yang dipanggil turut berbalas tembakan, kata Desrosiers.
Bagaimanapun polis berjaya merampas semula empat senjata yang diseludup ke dalam penjara juga tiga senjata yang dirampas daripada pengawal penjara.
Pada Februari lalu, lebih 400 banduan lolos dari penjara sama pada siang hari, menyebabkan 25 orang mati termasuk Pengarah Penjara.