fb fb fb fb fb

Penduduk Bautzen bantah sekatan Covid-19

FOTO AFP



4 Januari - Ribuan penduduk Bautzen, Jerman membanjiri bandar Saxony bagi membantah peraturan berkaitan Covid-19.

Bantahan 'Monday Walks' itu merupakan protes mingguan yang kerap diadakan rakyat Jerman kebelakangan ini.

Perhimpunan dibuat bagi membantah sekatan Covid-19 dan protokol berkaitan vaksinasi.

Ia dianjur meskipun perhimpunan seumpama tidak lagi dibenarkan susulan keganasan yang berlaku dalam beberapa siri protes sama sebelum ini.

Ratusan anggota polis dihantar ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Pihak berkuasa juga mengarahkan mereka untuk bersurai selepas perarakan berakhir.

Namun, kumpulan perserta berdegil dan memaksa tangkapan ke atas beberapa individu dilakukan.

Jerman mencatatkan kadar vaksinasi sebanyak 72.2%.

Ia merupakan antara terendah bagi negara Eropah Barat. - AFP

Media Baharu