fb fb fb fb fb

'Santa Claus' di Peru tangkap pengedar dadah

FOTO REUTERS

HUARAL, 25 Disember- Polis Peru melakukan operasi membasmi dadah dengan bantuan khas daripada 'Santa Claus' di bandar sini berhampiran ibu negara Lima.

Video yang dikeluarkan pada Sabtu lalu oleh Polis Negara Peru (PNP) menunjukkan seorang pegawai dari bahagian taktikal perisikan bandar (TERNA) dikenali sebagai 'Skuad Hijau' berpakaian 'Santa Claus' memecahkan pintu dengan tukul besi dan menahan seorang suspek.

Ketua skuad itu, Walter Palomino berkata, lokasi menjual dadah adalah sukar untuk diakses, justeru penyamaran itu digunakan bagi memudahkan anggotanya mendekati kawasan berkenaan.

“Lokasi penjualan dadah adalah sukar untuk diakses. (Jadi) kami menggunakan musim Krismas sebagai kelebihan dengan menyamar sebagai Santa Claus.

"Operasi ini tidak disedari oleh penduduk tempatan. Operasi dilakukan oleh pasukan TERNA berkebolehan,” katanya.

Sementara itu, media tempatan melaporkan dua lelaki pengedar dadah berusia 25 dan 32 tahun ditahan dalam operasi tersebut. -Reuters

 

2512 BD PERU SANTA DADAH 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH BINTI MD ISA