BIRMINGHAM, 25 Disember- Seorang wanita dari Alabama, Amerika Syarikat yang mengalami anomali kongenital dengan mempunyai dua rahim selamat melahirkan bayi kembar perempuan, awal minggu ini.
Kehamilan luar biasa Kelsey Hatcher, 32, mendapat perhatian kerana wanita itu mengandungkan bayi tersebut di setiap 'kantung' rahimnya.
Hatcher dan suami, Caleb menyambut bayi pertama dinamakan Roxi Layla pada malam Selasa lalu, manakala Rebel Laken pada keesokan paginya di Hospital Universiti Alabama di Birmingham (UAB).
Roxi Layla dilapor dilahirkan secara normal, sementara Rebel Laken melalui pembedahan secara caesarean.
Proses bersalin Hatcher direkodkan berlangsung selama tempoh 20 jam.
Ibu kepada lima anak itu juga diinduksi pada usia kandungan 39 minggu disebabkan kehamilan yang berisiko tinggi. -Reuters
ARTIKEL BERKAITAN
Wanita AS miliki dua rahim hamil dikedua-dua rahim