fb fb fb fb fb

16 terbunuh dalam serangan di Nigeria

FOTO HIASAN/AFP

JOS, 25 Disember- Seramai 16 orang terbunuh dalam serangan di bahagian utara tengah Nigeria melibatkan pertempuran antara pengembala dan petani yang disifatkan perkara biasa berlaku di kawasan itu.

Kapten tentera, Oya James berkata, pertempuran antara dua kumpulan tersebut berlaku di kampung Mushu di negeri Plateau pada tengah malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tidak jelas punca yang mencetuskan serangan terbaharu berkenaan dan sehingga kini tiada pihak tampil bertanggungjawab.

Sementara itu, Gabenornya, Caleb Mutfwang mengutuk serangan terbabit sebagai biadab, kejam dan tidak wajar serta berikrar akan membawa pelaku ke muka pengadilan.

"Langkah proaktif akan diambil kerajaan untuk membendung serangan berterusan terhadap rakyat yang tidak bersalah," jelas jurucakapnya, Gyang Bere.

Anggota keselamatan juga sudah dikerahkan untuk mengawal keadaan antara pengembala beragama Islam, dan petani yang merupakan penganut Kristian. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA