fb fb fb fb fb

Kehancuran sistem kesihatan Gaza adalah satu tragedi - WHO

FOTO TWITTER @DrTedros

RAMALLAH, 25 Disember- Kehancuran sistem kesihatan di Gaza adalah satu tragedi, ujar Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Ghebreyesus berkata, para doktor di Gaza terus menyelamatkan nyawa dalam keadaan tidak selamat lagi.

“Dalam menghadapi ketidakamanan berterusan dan kemasukan pesakit yang cedera, kami melihat doktor, jururawat, pemandu ambulans dan banyak lagi terus berusaha untuk menyelamatkan nyawa,” katanya menerusi platform X.

Sementara itu, beliau menambah, WHO akan terus bekerjasama dengan pihak perubatan di Gaza, serta menyeru gencatan senjata dilaksanakan segera.

"WHO dan rakan kongsi kesihatan kami akan terus bekerjasama dengan anda, menghantar bekalan, menyokong penyediaan penjagaan dan memindahkan mereka yang cedera parah.

"Dan kami berterusan menyeru #CeasefireNow (gencatan senjata)," katanya lagi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA