fb fb fb fb fb

Sampah jadi karya seni Marina DeBris

(DeBris bersama arca rekaannya bertajuk 'Just a drop in the ocean, said 7.8 billion people'/REUTERS)

SYDNEY, 24 Oktober- Hampir setiap pagi, Marina DeBris mengutip sampah yang telah dihanyutkan dan dibawa ke tepi pantai Sydney.

Dia yang juga merupakan seorang artis alam sekitar di Australia telah melakukan perkara itu selama lebih 20 tahun.

“Saya rasa bersalah jika saya tidak pergi ke pantai,” kata wanita kelahiran Amerika itu kepada Reuters. "Saya rasa seperti saya merupakan penjaga kepada pantai ini, sekiranya tidak dilakukan, ia boleh menjadi sangat teruk."

Pada tahun 2009, akibat kekecewaan dengan keadaan pencemaran berterusan semasa dia tinggal di bandar Los Angeles, Amerika Syarikat, DeBris menggunakan bakat kretifnya.

Dia mula menjadikan sampah menjadi arca, ia sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang plastik pakai buang dan pencemaran lautan.

"Ia sangat mengecewakan dan saya perlu melakukan sesuatu dengan perkara itu".

(DeBris mengutip sampah di sekitar pantai Sydney/REUTERS)

Karya DeBris dibuat sepenuhnya daripada bahan terpakai, atau yang dikutip di jalan.

Malah beg plastik yang sering digunakan untuk mengutip sampah juga diperolehi daripada tong kitar semula.

Dalam hasil karya seninya, dia menggunakannya sampah tersebut tanpa dibersihkan.

Arca terbaharu DeBris, 'Just a drop in the ocean, said 7.8 billion people', kini dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran seni terbuka 'Sculpture by the Sea'.

Pameran tersebut berakhir pada 7 November.- REUTERS

Media Baharu