(Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dijangka menjadi bakal Perdana Menteri Britain yang baharu/ AFP)
LONDON, 24 Oktober - Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dijangka menjadi bakal Perdana Menteri Britain yang baharu selepas pencabarnya, Boris Johnson menarik diri daripada persaingan bagi jawatan itu .
Penarikan diri Johnson dibuat demi kepentingan nasional negara tersebut dan mengekalkan perpaduan dalam Parti Konservatif.
Bekas perdana menteri itu memperoleh sokongan hampir 60 anggota Konservatif setakat semalam, jauh ketinggalan berbanding 150 sokongan diterima Sunak.
(Foto AFP)
Penarikan diri Johnson membuka laluan kepada Sunak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu dalam masa terdekat.
Menurut peraturan, sekiranya seseorang calon mendapatkan sokongan 100 penggubal dasar Konservatif, beliau akan dinamakan sebagai perdana menteri.
Jika terdapat dua calon pula, anggota parti akan mengundi, dengan pemenangnya diumumkan 28 Oktober nanti. -REUTERS