fb fb fb fb fb

Presiden Xi Jinping dipilih semula sandang jawatan itu penggal ketiga berturut-turut

(Presiden China, Xi Jinping/AFP)

BEIJING, 24 Oktober - Kongres Parti Komunis China yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden Xi Jinping dipilih semula untuk menyandang jawatan itu buat penggal ketiga berturut-turut.

Beliau dalam ucapannya menegaskan, China selepas ini mengorak langkah baharu ke arah merealisasikan Matlamat 100 Tahun Kedua untuk membangunkan negara itu sebagai negara sosialis moden.

Beliau berkata, ekonomi China berdaya tahan dan berpotensi besar dan trend perkembangannya ke arah yang baik dalam jangka panjang tidak akan berubah.

(Presiden China, Xi Jinping/AFP)

Malah, China sama sekali tidak berganjak meningkatkan tahap keterbukaan, mendorong pembangunan berkualiti tinggi serta menyediakan lebih banyak peluang kepada dunia.

Beliau berkata pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia manakala pembangunan dunia juga memerlukan China.

Sehubungan itu, negaranya akan bersama rakyat negara lain untuk menyemarakkan nilai murni manusia berlandaskan kepada kedamaian, pembangunan, keadilan, demokrasi dan kebebasan. -REUTERS

Media Baharu