(Gerbang Memorial Perang India/REUTERS)
NEW DELHI, 24 Oktober- Paras pencemaran di ibu kota India, New Delhi berada pada tahap 'tidak sihat' pada pagi perayaan Deepavali sekali gus menunjukkan perkara itu semakin serius.
Pencemaran itu sangat merbahaya terutama kepada orang ramai yang terdedah kepada bawaan udara yang tidak sihat, terutamanya pada bulan Oktober dan November.
Delhi, merupakan ibu kota paling tercemar di dunia yang mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 20 juta orang.
Pencemaran udara menunjukkan penurunan apabila tibanya musim sejuk, kerana musim itu memerangkap asap dan habuk daripada pelbagai sumber.
Pihak berkuasa di Punjab dan Haryana menggesa orang ramai untuk terus berada di dalam rumah kerana pencemaran udara yang berlaku akibat pembakaran sisa tanaman.
Ia berikutan menjelangnya musim menanam yang baru bermula.
Keadaan suhu yang lebih rendah memerangkap bahan tercemar di udara lebih lama.
Sekolah juga terpaksa ditutup berikutan perkara itu.- REUTERS
(Paparan kualiti udara di New Delhi/REUTERS)