(Peserta berlumba merentasi tasik menggunakan bot labu gergasi di Belgium/REUTERS)
BELGIUM, 24 Oktober- Pelbagai aksi ditonjolkan warga Belgium yang menyertai acara merentasi tasik menggunakan labu gergasi pada Ahad.
Ada dalam kalangan mereka memakai rambut palsu dan juga aksesori kepala seperti maskot jerung bagi memeriahkan acara itu.
Acara tradisi tahunan berkenaan terpaksa dihentikan akibat COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Untuk memenangi regatta, empat pasukan perlu menjadi yang pertama berlumba mengelilingi pondok di tengah kolam di bandar utara Kasterlee, sebelum mendayung labu mereka memasuki pantai lawan.
Penganjur acara itu berkata, "ia bermula dengan pertandingan sayuran bersaiz gergasi, namun kini ia menjadi sebuah pertandingan yang cukup luar biasa.
"Bilangan labu gergasi yang boleh digunakan sebagi bot semakin berkurangan, itu mungkin menjadi masalah pada tahun akan datang," kata Presiden Persatuan Labu Kasterlee, Paul Boonen, kepada Reuters.
(Isi labu gergasi dikeluarkan untuk dijadikan sup/REUTERS)
Sebelum perlumbaan bermula, bahagian tengah labu gergasi tersebut dikosongkan dengan isinya dijadikan sup untuk dihidangkan kepada peserta yang menghadiri acara tersebut.
Tahun ini, perlumbaan itu mengambil masa selama tiga hari melibatkan 65 pasukan telah mendaftar bagi bagi acara tersebut.
Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang dan sebahagian daripada mereka terpaksa mengembara untuk mengambil pertandingan itu.
“Ia kotor, melekit, berminyak dan perasaan mungkin berada di dalam air pada bila-bila masa sentiasa mengganggu fikiran,” kata Oscar Guell, 36, kelahiran Sepanyol, yang mengembara dari Brussels untuk acara itu.- REUTERS