fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Republik India ke-73 dirai penuh gilang-gemilang


FOTO REUTERS

NEW DELHI, 27 Januari - Ribuan penduduk India berkumpul di ibu negara, New Delhi bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Republik India yang ke-73 semalam.

Ia merupakan ulang tahun penerimaan perlembagaan negara pada 26 Januari 1950.

India merdeka daripada penjajahan Britain pada tahun 1947.

Hampir 500 pelajar sekolah penari tradisional, polis dan tentera berarak dengan persembahan lagak ngeri membuat persembahan menggunakan motosikal.

Perarakan bermula dari istana presiden melalui laluan yang dinaik taraf di Rajpath.

Presiden, Ram Nath Kovind menerima tabik hormat dari perarakan tentera termasuk rejimen unta yang ditunggangi oleh tentera bermisai dan diketuai oleh pasukan pancaragam.

Perarakan 90 minit itu berakhir dengan lintas hormat oleh 75 pesawat pejuang tentera udara, pesawat dan helikopter pengangkut.

Perdana Menteri, Narendra Modi turut menghadiri majlis bersejarah negara itu.

 

Media Baharu