fb fb fb fb fb

166 maut dalam serangan penjara Ghwayran, serangan terbesar sejak 2019


FOTO AFP

HASAKEH, 27 Januari - Tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat telah mengerahkan unit elit dan kenderaan berperisai bagi mengawal penjara Ghwayran di utara Syria.

Ia berikutan 166 maut dalam pertempuran di antara tentera Kurdish dengan kumpulan pengganas Daesh yang menyerang penjara terbesar di dunia itu, Khamis lalu.

"100 anggota kumpulan Daesh menyerang penjara Ghwayran di bandar Hasakeh pada 20 Januari lalu, dan tragedi itu adalah serangan terbesar sejak tahun 2019," memetik sumber kenyataan media tempatan.

Pasukan tentera Syria belum mengesahkan laporan bahawa beberapa pengawal penjara telah ditahan oleh kumpulan Daesh .

Dianggarkan 3,500 banduan Daesh di dalam penjara itu telah dihantar ke pusat tahanan lain.

Beratus-ratus kanak-kanak bawah umur yang ditahan di penjara itu juga telah dipindahkan.

Kumpulan Daesh dilaporkan menahan kira-kira 27 tebusan di bahagian utara penjara.

Sejak Isnin lalu, 15 kakitangan penjara yang ditahan oleh Daesh telah dibebaskan namun nasib 25 yang lain belum diketahui.

Kebanyakan banduan di penjara Ghwayran ditangkap oleh tentera yang disokong Amerika Syarikat pada akhir 2018 dan awal 2019.

Dianggarkan 12,000 anggota Daesh yang disyaki masih ditahan di penjara puak Kurdish .

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata 45,000 penduduk Hasakeh terpaksa meninggalkan rumah ketika pertempuran meningkat di bandar tersebut.

 

Media Baharu