GAZA CITY, 29 Oktober - Serangan terbaharu tentera Israel ke atas wilayah Palestin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa, dan mencederakan puluhan yang lain.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Basal berkata, pihaknya ketika ini masih bertungkus lumus untuk mengesan mangsa yang cedera dan terkorban bawah runtuhan bangunan.
Tentera Zionis mula melancarkan serangan udara sejak beberapa hari lepas meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa selepas menuduh kononnya Hamas menyerang anggotanya dan mencabuli gencatan senjata. - AFP