fb fb fb fb fb

COVID-19: Amerika Syarikat kekal negara paling teruk tejejas

FOTO AFP

AMERIKA SYARIKAT, 27 Januari- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 361 juta.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 72 juta kes.

Lebih empat juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes COVID-19 global mencecah 361,22,822.

Sementara itu, negara yang mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 melebihi angka 10 juta ialah Perancis, United Kingdom, Turki, Rusia dan Itali.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.29 juta kes.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.62 juta.

Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 874,886 kes kematian setakat ini. -AFP

Media Baharu