fb fb fb fb fb

Salji tebal 'lumpuhkan' selatan Jerman

FOTO AFP

MUNICH, 2 Disember- Salji tebal membawa kekacauan di bahagian selatan Jerman hari ini dengan lalu lintas udara dan kereta api disekat terutama di ibu negaranya, Munich.

Lapangan Terbang Munich mengumumkan penanguhan semua penerbangan sehingga tengah hari tadi, namun kemas kini terbaharu memaklumkan kemudahan itu ditutup sehingga 6.00 pagi esok waktu tempatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 760 penerbangan telah terjejas akibat keadaan cuaca tersebut.

Sementara itu, pengendali kereta api Deutsche Bahn mengeluarkan notis bahawa stesen utama Munich tidak dapat menyediakan perkhidmatan kerana gangguan salji tebal.

Lebih 40 sentimeter salji turun semalaman pada Jumaat hingga Sabtu, menurut perkhidmatan cuaca negara.

Pihak berkuasa juga meminta penduduk supaya tinggal di rumah demi keselamatan selepas lima orang cedera kerana kemalangan jalan raya susulan cuaca buruk.

Salji lebat turut membatalkan perlawanan bola antara pasukan Bayern Munich dan Union Berlin yang dijadualkan berlangsung hari ini. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA