fb fb fb fb fb

Saintis Rusia beri amaran, aktiviti suar suria kuat pada Isnin

(Suar suria bersaiz sederhana (M2) dan letusan jisim korona (CME) yang meletus dari kawasan aktif matahari yang
sama dan besar pada 14 Julai 2017 / FOTO NASA/GSFC/Balai Cerap Dinamik Solar/REUTERS)

MOSCOW, 17 Julai- Aktiviti suar suria yang kuat diramalkan berlaku pada Isnin mungkin mengganggu komunikasi gelombang pendek.

Pasukan saintis Rusia memaklumkannya, selepas tiga suar diperhatikan pada matahari pada Ahad.

Institut Geofizik Gunaan Fedorov di Moscow berkata suar kelas X mungkin termasuk suar proton, dan keadaan radio gelombang pendek dijangka merosot.

Suar kelas X ialah letupan terbesar dalam sistem suria dan boleh mencipta ribut sinaran yang tahan lama. Suar proton ialah ribut zarah bertenaga suria.

Nyalaan suria berlaku apabila medan magnet yang kuat di dalam dan di sekeliling matahari bersambung semula.

Ia boleh menjejaskan medan magnet bumi yang berpotensi merosakkan satelit dan peralatan komunikasi, menurut NASA.

Pada tahun 2022, ribut geomagnetik yang dicetuskan oleh letusan besar sinaran dari matahari menumpaskan 40 satelit SpaceX yang baru dilancarkan.

Tiga suar suria diperhatikan pada Ahad, kata Institut Fedorov, dengan satu suar selama 14 minit, disertai dengan gangguan dalam komunikasi radio.-REUTERS


(FOTO HIASAN)

Media Baharu