fb fb fb fb fb

Ribuan penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di Canary La Palma

SEPANYOL, 17 Julai - Lebih 300 anggota bomba dikerahkan bagi membantu memadam dan mengawal kebakaran hutan di pulau Canary La Palma.

Lebih daripada 4,650 hektar (11,490 ekar) hutan itu terbakar dan memaksa 4,000 orang berpindah.

Api marak dilihat di Puntagorda iait kawasan kebakaran bermula.

Anggota bomba yang dibantu unit kecemasan tentera Sepanyol berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Sebahagian daripada kepulauan Canaries di luar pantai barat Afrika mengalami suhu panas melampau sama seperti gelombang panas yang melanda selatan Eropah. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu